Baru je dengar mengenai virus kencing tikus di Wanita Hari Ini pada hari ini. Secara jujurnya, aku cuak! Walaupun symptoms tu takde, tapi who knows kalau aku tetiba terkena penyakit tu. Nauzubillahiminzalik.
Kenapa aku cuak sangat... ini adalah kerana kat rumah aku ni ada kewujudan si tikus-tikus ni. Aku tak faham la.. kenapa mesti ada tikus ni. Walaupun aku dah pasang perangkap dan banyak la jugak tikus dah berjaya kami tangkap, tapi seolah-olah ada sumpahan yang kami sekeluarga ni kena hidup dengan tikus.
STRESSS ni!
Mungkin tahap kebersihan rumah aku ni dah tahap kritikal. Masa aku sekolah dulu, memang aku dan mak aku jarang kemas rumah disebabkan kesibukan terlampau kami ni. Kalau hari minggu tu memang kami berehat je la. Tapi mama selalu kemas rumah, tapi aku jarang tolong dia unless kalau dia dah marah. Mungkin rumah aku ni tak berapa bersih.
Fed up jugak kadang-kadang. Sekarang aku cuti panjang. Aku selalu kemas rumah. Tapi rumah aku ni macam dah kronik sangat dan aku mungkin tak mampu nak kemas-bersih rumah ni. Aku cuma mampu kemas mana yang larat je.
Sudah terang lagi bersuluh.. memang salah kami. Tak jaga kebersihan rumah.
Sekarang masalah kesihatan pulak. Aku tengah risau gila tahap gaban pasal kesihatan aku. Bukan la aku ada penyakit apa pun, cuma tahap obesiti aku ni yang merisaukan aku. Mana la tahu kalau tetiba aku ditimpa penyakit kronik... aku sepatutnya mencegah dahulu kan. Kita makin tua bukan makin sihat.. tu yang merisaukan aku ni.
Dah la aku jenis malas nak bersenam. Nak jog, malu la bagai.. lastly tak jog pun -.-'' Cuma sekarang aku cuba control diet pemakanan aku(walaupun masih belum sepenuhnya sihat) dan cuba skipping once a week(step-by-step mehh). In shaa Allah.
Perkara pokoknya di sini.. semua perlulah dicegah sebelum dirawat(prevention is better than cure). Perlahan-lahan la ye =)
No comments:
Post a Comment