the blogger

My photo
Nama diberi Athirah Binti Mohd Yusuf yang berumur 21 tahun dan hidup ini tidak selalu indah dan bukan selamanya sengsara. Cheer Up !

Counting

Wednesday, January 16, 2013

Sekolah!

Assalamualaikum! Selamat pagi dan apa khabar semua :)

Hari ni nak tukar ganti nama diri. Call me 'akak' yea. Topic kali ini akak nak menerangkan beberapa konflik yang berlaku semasa akak bersekolah dahulu. Akak faham, semua dah bosan nak pergi sekolah kan atau pergi sekolah semata-mata nak jumpa kawan, crush dan dapat duit belanja. Salah niat tu.

Akak bukanlah salah seorang pelajar yang cemerlang. Semasa akak berumur 7 tahun, akak bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan akak bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Kapar. Yee, PEREMPUAN.

My main point here is.. akak nak luahkan perasaan tak puas hati, kecewa dan sedih sewaktu akak bersekolah dahulu. Sekolah rendah masih boleh terima lagi. Walaupun ada jugak sedih, tawar, masam dan masin. Tapi waktu sekolah menengah lagi dahsyat. Lagipun, masa zaman kanak-kanak dulu rasa semuanya AWESOME =)

Terus-terang akak dulu suka sangat ponteng. Lebih-lebih lagi, kalau akak rasa malas nak pergi sekolah. Tertinggal bas, hujan, tak siap homework, ngantuk dan malas nak jumpa certain cikgu(nak skip kelas la ni). Mak akak bersetuju je setiap kali akak nak ponteng. Mungkin dia rasa masalah akak tu macam membebankan akak. Hehehee.. thank u mama. Mama sentiasa memahami akak.

Homework pulak, masa sekolah rendah dulu.. akak sempat buat sebelum kelas bermula. Kadang-kadang, bila cikgu bagi kerja sekolah.. akak terus siapkan. Berbeza pulak dengan sekolah menengah, akak suka kumpul homework. Terbawa-bawa dari sekolah rendah. Start tingkatan 1, akak ada banyak kerja sekolah yang tak disiapkan dan sampai tingkatan 5 akak masih tak berubah. 


Gambar kenangan waktu SPM :") Dah habis sekolah, baru rasa menyesal bagai la -.-

Part SPM pula. Kalau waktu sekolah waktu tingkatan 5 ni banyak tinggalkan kenangan. Trust me! Akak nak fokuskan pada subjek-subjek SPM yang akak ambik. Okay akak ambik sains tulen. Susah ke? Susah kalau adik tak belajar bersungguh-sungguh-sungguh!

BAHASA MALAYSIA: Akak dapat A- je.. huhuhuu. Target nak dapat A+, tapi takdo rezeki kan. Dulu akak nak ambik sastera, tapi mak akak tak bagi. Buktinya akak dapat A- untuk Bahasa Malaysia. 

BAHASA INGGERIS: Ini akak target A sebab waktu trial akak dapat A-... Tapi Allah bagi akak B je. Alhamdulillah. Untuk bahasa inggeris ni, in shaa Allah kalau akak ada peluang khas akak akan post di entri baru. 

MATEMATIK: Akak sangat sukakan maths. Tapi akak salahkan cikgu akak sebab akak tak dapat A untuk maths. Tak patut kan. Memang salah akak pun. Akhirnya akak dapat B+ je.

SEJARAH dan AGAMA ISLAM: Dua subjek ni akak dapat A. Boleh dikatakan subjek ni subjek kacang la. Tapi untungnya tahun akak ni, kertas sejarah akak senang. Tahun adik akak.. dia cakap susah. Senang-senang pun akak masih tak dapat A+. Takde rezeki la ni.

Now is about killer subject!

PHYSIC: D
CHEMISTRY: E
BIOLOGY: C-
ADD MATH: D

Sangat teruk kan.. itu la lumrah budak malas belajar. Belum berjuang dah mengaku kalah. Okay akak bagi keterangan sedikit. Untuk physic, akak target dapat C- seperti biology sebab kalau akak ujian.. selalunya physic akak selalu lulus berbanding yang lain. Untuk chemistry pula sama seperti maths, akak salahkan cikgu. Semua tu alasan akak je sebab malas nak belajar. Awal-awal lagi bila akak tak faham, akak terus give up. Untuk add math, akak memang target cukup-cukup makan je. Tapi add math akak lagi okay sikit berbanding chemistry sebab cikgu tusyen akak dia push akak dalam seminggu sebelum SPM. Dia suruh akak buat soalan spot dan alhamdulillah. Paling mengejutkan bila biology akak dapat C-... Nak tahu kenapa akak dapat C-? Masa akak tengah jawab kertas 2 soalan biology, akak blur nak tukar perkataan 'layu' ke dalam bahasa inggeris. Lepas akak dah stress fikir perkataan tu, akak terus jawab boleh dikatakan dalam 98% dalam bahasa Melayu.

Alhamdulillah, walaupun result akak tak flying colours tapi akak puas hati. Akak belajar dari kesilapan akak di pra-diploma. 

In shaa Allah.. akak akan terangkan lagi mengenai akak belajar di pra-dip sehingga akak berjaya mendapat tempat dalam diploma farmasi. Terima kasih bagi sesiapa yang baca post ini. Ambik iktibar, tukar attitude dan ingat parents. Kita belajar.. biarlah untuk diri sendiri. 





No comments:

Post a Comment