the blogger

My photo
Nama diberi Athirah Binti Mohd Yusuf yang berumur 21 tahun dan hidup ini tidak selalu indah dan bukan selamanya sengsara. Cheer Up !

Counting

Thursday, November 15, 2012

Tutup buku lama, Buka buku baru

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di dunia. Seperti yang telah dinyatakan tadi.. kita akan mendapat buku baru. Ya.. oleh itu, saya nak ajak kalian semua untuk melakukan amalan-amalan yang diredhai Allah. Saya tahu.. kita ini tidak sempurna, tapi adalah eloknya jika kita cuba atau melakukan kebaikan itu secara berperingkat. Saya hanya hamba Allah yang hina. Kadang-kala saya terlupa dan khilaf. Saya sering melakukan dosa dan saya sedar yang sebenarnya saya benci untuk melakukan dosa tersebut. Betapa lemahnya kita sebagai hamba Allah ini.

Alhamdulillah.. pasti anda sudah membaca doa akhir dan awal tahun. Tadi pun saya hampir terlupa untuk membacanya. Nasib baik saya masih sempat :) Saya menganggap yang doa akhir dan awal tahun ini sebagai satu azam untuk diri kita agar sentiasa melakukan perkara yang disukai Allah. Tidak mengapalah kepada yang tak sempat membacanya, yang pasti Allah tahu apa yang kita niatkan.

Saya amat bersyukur kerana saya telah dilahirkan dalam Islam dan diberi keimanan. Banyak perkara yang perlu kita jaga dalam hidup ini. Ya.. bukan mudah untuk hidup di dunia ini kerana dunia ini hanyalah sementara manakala di akhirat kelaklah yang kekal abadi. Saya ingin mengajak anda semua agar sentiasa melakukan kebaikan walaupun sekecil zarah. Ini kerana di akhirat kelak.. semua amalan kebaikan kita walaupun yang sekecil zarah itu nantilah yang menentukan kita sama ada kekal di syurga atau neraka.

Jika kita lihat pada zaman sekarang.. banyak bezanya dengan zaman Rasulullah SAW dahulu. Ini tidak bermakna kita perlu menyerah kalah atau berdolak-dalik. Lebih banyak dugaan pada zaman kini. Saya mengakuinya, memang susah sebenarnya hidup di zaman serba moden ini. Zaman serba mudah, zaman serba pantas. Kita sering digodai dengan pelbagai jenis dugaan dan cabaran. Oleh yang demikian, kita perlu atau wajib meningkatkan keimanan kita. Sememangnya iman itu boleh berkurang mahupun bertambah. 

Semoga Allah bersama orang yang sentiasa melakukan kebaikan. Amin.


No comments:

Post a Comment