the blogger

My photo
Nama diberi Athirah Binti Mohd Yusuf yang berumur 21 tahun dan hidup ini tidak selalu indah dan bukan selamanya sengsara. Cheer Up !

Counting

Monday, November 26, 2012

Bahasa

Den paling lomah kalau nak buat tajuk untuk post post. Sebab takde idea. Okay, perkara yang ingin diperkatakan di sini ialah.. saya ingin memperkatakan mengenai peperangan antara bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris. Ecehh.. peperangan konon :D

Kalau tak silap saya.. nanti matematik dan sains akan kembali ke bahasa Malaysia kan. Maksud saya pelajar akan belajar dalam bahasa Malaysia semula. Pada pandangan saya, terdapat 2 kemungkinan yang bakal berlaku.

PERTAMA.. bahasa Malaysia akan dijunjung tinggi. Maksud saya bahasa Malaysia itu akan digunakan saban hari. 

KEDUA.. rakyat Malaysia akan kurang mengunakan bahasa Inggeris.

Tapi sebenarnya saya lebih suka kalau ianya digunakan dalam bahasa Inggeris. Ini adalah kerana di universiti kelak.. banyak perkataan yang pelik sebenarnya digunakan nanti. Sebagai contoh zarah iaitu atom dalam bahasa Inggeris dan sebagainya. Malahan, banyak lagi perkataan pelik-pelik yang ada dalam buku-buku ilmiah. 

Walaubagaimanapun, jika ia digunakan dalam bahasa Malaysia.. ia akan memartabatkan bahasa Malaysia. Mungkin kerajaam ingin mengambil contoh seperti negara Jepun yang memartabatkan bahasa ibundanya, tapi masih kekal maju kehadapan.

Saya mengakui yang bahasa ibunda kita sendiri iaitu bahasa Malaysia sudah semakin pupus ditelan zaman. Dengan penggunaan bahasa MangLish (bahasa Malaysia campur bahasa Inggeris) dan penggunaan perkataan ringkas atau kata lain bahasa SMS.. sangat membimbangkan bukan sahaja kerajaan malahan saya juga.

Saya bersyukur kerana saya bukanlah pengguna bahasa SMS tersebut tapi saya masih menggunakan bahasa MangLish tersebut. Sangat susah sebenarnya untuk memisahkan perkataan yang sangat sinonim di mulut kita. Misalnya, ''actually memang terror gila la group tu." Memang perosak bahasakan?

Itulah yang sebenarnya membimbangkan kerajaan Malaysia mengenai penggunaan bahasa. Namun harus diingatkan yang bahasa Inggeris itu masih menjadi bahasa terpenting dunia.

No comments:

Post a Comment