the blogger

My photo
Nama diberi Athirah Binti Mohd Yusuf yang berumur 21 tahun dan hidup ini tidak selalu indah dan bukan selamanya sengsara. Cheer Up !

Counting

Tuesday, November 25, 2014

Rasa sedih.

Cuti sem ni aku kerja kat Taska Al-Azhim di Alam Budiman.
Dalam sebulan jugaklah aku kerja kat sana.
Well.. jaga budak budak. Penat, tapi korang akan terhibur tengok gelagat dia orang.
Kadang kadang dia orang appreciate korang kalah orang yang kau rapat. Pernah sekali tu aku tak jaga dia orang dalam beberapa hari. Bila aku pergi kat dia orang je, semua datang kat aku. Peluk dan greeting aku la. 
Rasa macam disayangi.

Apa yang aku rasa sedih ni, masa aku first time jaga kanak kanak ni, ada satu budak lelaki ni. Macam mat saleh. Sebab bapak dia Cina dan mak dia Melayu. Dia tiba tiba je nangis. Aku pun cuba la nak pujuk dia. Tapi dia mengamuk. Aku faham, mungkin dia rasa stranger dengan aku.

Dalam 2 minggu jugak la akhirnya aku dapat dekat dengan dia. Tapi dia ni lain dari budak budak yang lain.
Suka sorang sorang. Bila kita buat aktiviti, dia buat aktiviti dia sendiri. 
Aku agak, pamper kot. Anak orang kaya.

Lama lama aku tengok, dia memang lain daripada yang lain.
Bila mengamuk, suka hentak kepala.
Aku tahu sebenarnya dia sakit bila dia hentak kepala dia tu. Tapi dia buat buat tak sakit.
Bila aku cuba buat background reading pasal Autism. Ada ciri ciri autism tu kat dia.

Masa aku bekerja kat situ, aku terfikir.. ada tak agaknya budak yang lain kat sini.
Tak sangka apa yang aku fikirkan tu wujud.
Majikan aku pun ada cakap, budak tu memang ada ciri ciri macam autism.
Dia cakap takkan lah dia nak bagi tahu kat parent dia yang dia ada benda tu.
I just feel sedih

Tak perlu la disebut nama dia
Dia comel like other children.
Aku tengok dia creative.
Aku tak suka tengok bila dia kena marah masa dia mengamuk atau tak buat something.
Walaupun dia bukan anak kita, bukan darah daging kita.. aku harap orang sekeliling dia treat dia sebaik mungkin.
Apa salahnya kita tolong dia.



No comments:

Post a Comment