Dulu masa kecik-kecik aku selalu riak dengan kebendaan yang aku ada. Memang dalam gen aku tu ni ada benda tu. Sanak-saudara selalu pandang kebendaan (bukan semua saudara la). Macam kalau kau tak kaya, you can go outside this circle. Sebab tu aku punya impian masa kecik nak jadi kaya. Kadang-kadang bosan jugak. Tapi lama-lama dah jadi macam darah daging.
Pokok pangkalnya.. kaya ke miskin, bukanlah menjadi masalah. Cuma cara kita nak survive dalam hidup tu je. Sama ada kau kaya ke miskin, Allah nak tengok kita ni kufur ke tak dengan kehidupan kita tu. Aku ibaratkan yang hidup ni macam roda. Kadang-kala kita kat atas dan tak mungkin jugak kita akan berada di bawah nanti. Who knows. Prinsip aku sekarang kau nak kaya ke, miskin ke.. terpulang.
Masa aku kecik-kecik dulu.. aku paling benci kalau pergi rumah orang kaya (walaupun bukan semua orang kaya teruk) tapi aku tak nak pandang orang kaya tu terlalu hebat. Dan aku selalu jugak dulu pergi rumah orang yang tak terlalu senang. Ada yang pada pandangan aku, aku suka tengok. Dan ada jugak yang menyakitkan mata aku. Fikir sendiri la ye.
Bagi aku la kan, tak perlu la kaya atau miskin. Korang hidup atas kemampuan sendiri. Kita memang tak boleh nak jadi macam orang lain. Ikut kemampuan la. Rezeki tu ada, cuma kita perlu berusaha lebih dan mohon kat Allah. Kadang-kadang kalau nak belanja untuk diri, belanja la. Tapi kena la pandai kawal duit keluar tu.
Aku pernah rasa hidup susah dulu. Ye.. memang perit sangat. Tapi waktu tu aku belajar bersyukur. Aku hargai semua benda yang ada. Cuba tak mintak benda merepek. Belajar jaga barang sebaik mungkin. Sekarang alhamdulillah. Allah bagi rezeki lebih kat keluarga aku. Allah bagi rezeki kat ayah dan mama tapi itu bukanlah duit dan harta aku. Aku jugak takut sekiranya rezeki itu akan membutakan mata hati kami. Mintak dijauhkan.
Bila diberi rezeki lebih ni.. janganlah lupa untuk diberikan kepada yang memerlukan. Aku pun jarang sungguh tak memberi. Bila ada duit lebih tu, asyik ingat untuk diri sendiri je.. sehingga lupa pada mereka yang lain. Masya-Allah.
No comments:
Post a Comment