the blogger

My photo
Nama diberi Athirah Binti Mohd Yusuf yang berumur 21 tahun dan hidup ini tidak selalu indah dan bukan selamanya sengsara. Cheer Up !

Monday, April 6, 2015

Final year! *yeay*


Assalamualaikum. 


Tak la final year pun. Lepas ni satu tahun praktikal. In sha Allah kalau takde apa apa. Sekarang tengah final exam tapi malas ye.. tak terkata. Kat otak ni dah ingat rumah je. Serius malas. Esok ni ada paper ni. Tapi aku masih sempat nak ber-bloging bagai. Sambil praktikal tu ada pulak final year project. Ala-ala degree la. Fakulti nak bagi pendedahan sikit kat kami ni. Bad news is aku kena buat sorang sorang. Masa briefing dengan supervisor aku dok relax je. Lepas classmate tanya aku pasal buat sengsorang tu.. aku fikir balik. Redah la labu!

Dulu masa masuk sem satu aku memang tak ikhlas gila. Sebab apa la aku macam tu. Aku agak stress dengan subjek course ni. Everything is fact = aku kena hafal. Macam macam kaedah aku pakai. Dari sem satu sampai sem tiga. Macam macam cara aku guna bila nak belajar. Tapi akhirnya aku kena berdepan dengan teknik hafalan juga. Aku lemah sebenarnya nak menghafal ni. Dari sekolah rendah. Sampai SPM aku tak pernah nak hafal apa. Patut la budak budak Cina dekat sekolah aku dulu depa pandai pandai. Orang cakap depa hafal jawapan. Sebagai contoh untuk kertas soalan bahasa Malaysia.

Tapi aku nak membidas juga dengan falsafah ni. *poyo*. Bukan apa.. bagi aku apa yang kita faham tu lagi powerful daripada hafalan. Kau hafal, lepas exam kau lupa. Itu yang aku alami. Aku rasa yang lain pun macam tu jugak kot. So far... course yang aku ambik ni memang menarik dan sapa sapa yang nak ambik course ni kena prepare physically & mentally. Kena cekal. Tell the truth la ye. Aku SPM 3A, adik adik aku yang sama batch semua straight A's. Paling cikai pun 6A. Boleh BAYANGKAN? Hebatkan saingan. Dan aku dari pra-diploma sains lagi la aku rasa nak tanam je diri. Malu kot. Tapi kalau kau pandai bawak diri. Depa takde pun nak pandang hina kat kau. Kita semua sama. Cuma usaha kita je.. banyak ke sikit (aku kena fikir balik yang point ni. Sebab aku pun tengah malas ni). 

Pointer sehingga sem tiga ni alhamdulillah masih 3 pointer dan masih berusaha untuk dapatkan 3.5  in sha Allah. Ramai je kawan kawan kelas (kami majoritinya dari pra-dip) yang terpaksa extend. Jangan pandang bila kau repeater.. kau sebenarnya gagal. Kena positive. Mungkin Allah nak bagi the best kat kau. Like sorang kawan aku ni. Aku tak boleh la nak tegur dia ke hapa. Dia study je.. tapi aku pun tak tahu apa yang menyebabkan dia kena repeat paper. Allah je kan yang tahu. Macam aku ni. Tak belajar, boleh je Allah tarik kan. Harap-harap dijauhkan. 

Course apa yang aku ambik sebenarnya. Aku ambik diploma farmasi di Uitm Pulau Pinang kampus Bertam. It was a good experience. Walau sebenarnya aku rasa macam tak cukup apa yang aku dah cuba buat. Sebenarnya aku punya SPM hancur. Tapi hasrat aku, mama dan ayah nak aku masuk U... aku ambik la pra-diploma. Tak tahu pun wujud pra-dip ni. Tapi benda ni sebenranya bagus bagi sapa yang ada hasrat yang mendalam nak sambung belajar. Kalau kau belajar nak main main, tak payah la kau sambung kat mana mana. Banyak dah aku jumpa. Rasa nak lempang lempang je. 

Cantik tau perjalanan yang Allah susun untuk aku. UPSR & PMR aku dapat result cemerlang, 5A dan 7A 1B. Hasrat aku nak masuk asrama penuh tinggi masa tu. Tapi Allah tak izinkan sebab DIA dah rancang lagi cantik dan lagi bagus. Tapi bila aku dapat SPM 3A, sebab aku masa tu masih rasa bangga dengan result aku sebelum tu walaupun ianya tak membantu aku pun. Aku masih dapat tempat di IPT. Allamdulillah and Allah is the best Planner. 

Sekarang aku tak tahu nak sambung ke atau kerja. 


May Allah bless you! :)

2 comments: