Aku baru perasan salah satu daripada berjuta kekurangan aku ni iaitu.. susah sangat nak menghafal. Like seriously, aku baru perasan hari ni. Sebenarnya aku kalau jumpa soalan kat kertas exam (mostly) yang suruh bagi definition atau yang sama waktu dengannya. Memang aku akan create jawapan aku sendiri. Kalau kena.. kena la. Kalau yang tak kena tu.. redha je la.
Benda ni bermula sejak aku sekolah rendah lagi. Kalau korang nak tahu, aku masa sekolah agama dulu.. aku paling benci subjek akhlak. Bukannya sebab aku berakhlak buruk, tapi sebab subjek tu ada definition dan characteristic. Dan aku FAILED kalau bab-bab tu.
Dan PSRA untuk subjek akhlak aku dapat جيد je.
Meanwhile waktu aku study physic kat pra-dip, aku selalu tak dapat jawab bila dia mintak definition. Same goes with biology and chemistry. See that.
Bila aku tahu kekurangan aku ni, aku cuba lah apa yang patut untuk memperkuatkan ingatan. Taklah tajam sangat bila aku cuba lakukan perkara-pekara tersebut tapi adalah sedikit improvement.
Tapi bila difikirkan waktu aku kalah dengan SPM dulu, aku kalah sebab aku ego. Jadi bila aku sedar satu kekurangan aku ni.. aku kenalah work hard untuk berubah.
Takpe la kalau aku lemah dalam nak mengingat-ingat ni. Mungkin kena ada teknik untuk mengingat ni kan. Dulu kalau nak meghafaz surah atau PAFA, aku akan baca ulang-ulang-ulang kali.. baru lah melekat kat minda ni. Dan dulu aku sangat BENCI kat spelling test masa sekolah rendah dulu. Eiii... susahnya.
Tapikan kalau macam mama aku terlupa letak barang kat mana, atau aku nak cari barang aku hilang kat rumah after a long time baru aku nak cari, boleh pulak aku ingat barang tu kat mana. Adakah itu dipanggil kuat ingatan? Tapi aku rasa, masa aku tengah pening nak cari barang tu.. aku akan guna daya imagination aku untuk ingat balik. Tapi yang peliknya kenapa aku tak gunakan daya imagination aku tu dalam menghafal pelajaran. Boleh dikatakan aku guna 1% je daya imagination tu waktu belajar. Why? Why?
Sebab aku tak sedar benda tu. Tapi yang peliknya.. bila bab formula untuk physic, boleh pulak aku hafal dengan baiknya. Nak tahu kenapa? Sebab aku kaitkan dengan tajuk tajuk dia, kefahaman and sometimes aku kaitkan dengan gambar and function. See.. kenapa aku still tak boleh masuk dengan definition.
Kerana aku hanya nampak perkataan je kat definition tu. Aku tak cuba untuk tukar perkataan tu kepada objek yang menarik. Yeahh.. aku sudah jumpa jalan penyesalan untuk masalah aku ni selepas membebel di sini =)
Till then, assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment