the blogger

My photo
Nama diberi Athirah Binti Mohd Yusuf yang berumur 21 tahun dan hidup ini tidak selalu indah dan bukan selamanya sengsara. Cheer Up !

Counting

Wednesday, January 2, 2013

Ayah bagi saya kereta.

Percaya ke tak? Okay takpe kalau tak percaya..
Tapi memang betul pun ayah bagi kat den sebuah kereta =)
heheheheheeee

Alhamdulillah kereta tu dah selamat duduk diam-diam kat depan rumah ni. Oleh kerana aku baru nak ambik lesen, nampaknya on off on off kereta tu je la -,-

Sebenarnya kereta tu dapat secara kebetulan je. Mama memang nak cari kereta untuk adik and I. Oleh kerana den kakak.. so den dapat dulu la. Masa tu mama tengah sembang pasal kereta dengan ayah la. Lepas tu mama tanya pasal aku punya hadiah masa SPM dengan dapat masuk UiTM. Ayah dengan secara mengejut cakap kereta tu ayah bagi kat aku.

Okay kereta tu sebenarnya kereta secondhand la kan. Kereta kawan office lama mama. Dia tak mampu nak bayar kereta baru dia tu. Sebab tu la dia jual kereta tu. Kereta yang aku dapat tu sebenarnya kereta kecik je, kereta Perodua Viva. Owner dia baru pakai dalam 2 tahun macam tu la. 

Excited ke tak aku dapat kereta? Mestilah excited gila! Ayah cakap, ''tu la.. orang suruh ambik lesen tak nak ambik. Kalau tak dah boleh bawak dah kereta tu."

Nak buat macam mana.. masa tak mengizinkan. Perlahan-lahan la yee.

Bertambah excited bila kereta tu aku dapat waktu hari lahir aku. Senyum lebar aku hari tu :D

Terima kasih Allah untuk semua ini. Terima kasih atas segala rezeki yang diberikan. Bila dapat kereta ni.. bertambah panjanglah kaki aku melangkah =)

2 comments: