the blogger

My photo
Nama diberi Athirah Binti Mohd Yusuf yang berumur 21 tahun dan hidup ini tidak selalu indah dan bukan selamanya sengsara. Cheer Up !

Counting

Saturday, December 1, 2012

ke-excited-an

Alhamdulillah.. eden ditawarkan untuk sambung belajar. Walaupun jauh dari rumah.. tapi demi masa depan sendirikan. Jadi.. janganlah merungut. Course yang ditawarkan pengambilannya setahun sekali je. Oleh yang demikian, terpaksalah saya bersabar menunggu untuk ke Penang. *asal ayat skema sangat ni-.-

Dari pra diploma sampailah ke diploma sekarang. Kegairahan aku nak belajar.. memang tinggi gila la. Tapi bila aku check course outline kat laman web dia. Gulp. Aku tergamam.

Aku cakap kat mama aku.."mama.. takde physic, semua subjek bio. Memang akak kena belajar gila-gila la nih."

So this is the course outline that I'll studying next year:

Semester I 
Chemistry I 
Mathematics I 
Life Sciences I
Introduction to Pharmaceutics 
ICT for Pharmacy 
Preparatory English
Insan dan Manhaj Ketuhanan
Co-curiculum

Okay sem 1 tak banyak sangat subjek bio. Belum tengok sem 2, sem 3 dan seterusnya. Aku cakap.. memang mati la aku. Aku ni sebenarnya jenis susah sikit kalau kena menghafal-hafal ni. Dan aku pun agak anti la jugak kalau ada bab-bab yang nak kena menghafal. Memang subjek bio best + mengantukkan sebab ianya subjek yang more kepada fakta. Lagi satu.. salah satu nak terer subjek ni kena banyak menghafal point-point penting. Tu je caranya.

Untuk chemistry pulak. Tu lagi satu subjek yang kena hafal chemical equation yang banyak gila. Belajar kat pra dip dengan waktu SPM dulu pun aku rasa dah banyak. Ni kan pulak bila ke diploma. Faham-faham sendiri la kan. Tapi chemist ni aku masih boleh masuk sebab masih ada topik-topik pengiraan. Jadi aku hanya perlu hafal formula je la.

Harap-harap aku boleh lepas dengan CGPA 3.8 dan ke atas. Kena aim tinggi-tinggi, sebab aku kalau boleh nak terus ke degree. In shaa Allah :) Selagi kita berusaha, berdoa dan menyerah kepada Allah. Pasti Allah akan buka jalan untuk kita. Terus berdoa dan selalulah berprasangka baik kepada Allah. Mungkin Allah tak bagi benda yang kita inginkan tu sekarang sebab Allah dah simpan perkara tersebut untuk kita pada masa akan datang. 

Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu.. aku nak sangat masuk asrama penuh. Walaupun result UPSR dengan PMR aku agak membanggakan.. tapi Allah tak bagi aku pada waktu tu. DIA hadiahkan aku hadiah yang paling besar sekali.. iaitu sambung belajar kat UiTM. Walaupun result SPM aku sangat teruk, tapi Allah bagi peluang tersebut kat aku. Terima kasih Allah..

Sebenarnya hari ni ramai budak UiTM mendaftar masuk kolej. Aku JEALOUS gila kat diaorang. Sabarnya Tira.. 

Semoga anda sekalian yang sedang belajar atau sebagainya.. rebutlah peluang keemasan sebaik mungkin. Kalau belajar ni.. sebenarnya bukannya rugi dan orang tak boleh curi atau rebut ilmu yang ada kat kita ni. Dengan ilmulah yang akan membantu kita pada masa hadapan. In shaa Allah.  

Aku baru perasaan yang aku selalu update kat blog ni. Mungkin aku fikir yang bila aku post something.. tak ramai yang baca post aku tu. Mungkin sebab tu la tetiba terajin ber-blog-ing ni. =)

No comments:

Post a Comment