Dah lama tak cakap sorang-sorang kat Blog. Banyak benda nak cerita :') Bilalah dapat Unifi?
Tiba-tiba nak cerita pasal subjek Kemahiran Hidup.
Masa PMR dulu, aku dapat B untuk subjek ni.
Okay.. aku rasa kecewa gil*
Okay.. aku rasa kecewa gil*
Tapi yang sebenarnya aku lagi kecewa waktu aku dapat tahu result aku.
Aina cakap aku dapat 3A.
Tapi dia telefon balik dan dia cakap aku dapat 7A 1B..
Tapi dia telefon balik dan dia cakap aku dapat 7A 1B..
Subjek yang dapat B tu adalah Pendidikan Islam.
Masa tahu dapat 3A tu.. aku dah cuak.
Bila dapat tahu dapat 7A, aku rasa bersyukur sangat..
Aku rasa pelik, Agama aku dapat B?
Sedih betul waktu tu.. aku selalu fikir
yang Agama tu kacang.
Rupanya Aina salah tengok.
Kemahiran Hidup aku yang B sebenarnya.
Aku mengaku.. aku memang lemah KH tu.
Tapi aku target KH aku A sebab subjek tu dalam Bahasa Malaysia.
Tu masa form 1 la.
Aku pula salahkan cikgu.
Aku cakap yang cikgu selalu tak mengajar la.
Aku tak faham subjek tu la.
Teruk betul la aku ni =,=
Waktu aku buat latihan masa nak dekat PMR,
memang aku banyak salah daripada betul.
Nampak sangat yang aku lemah KH tu.
Aku pon terfikir pasal SPM.
Aku cuma boleh target 3A- untuk SPM ni.
Cuma tiga subjek tu je yang aku yakin aku boleh buat.
Hanya pada Allah sahaja aku berserah.
Aku redha sekiranya hanya itu yang aku dapat
dan aku bersyukur sekiranya aku dapat 9A+
No comments:
Post a Comment