the blogger

My photo
Nama diberi Athirah Binti Mohd Yusuf yang berumur 21 tahun dan hidup ini tidak selalu indah dan bukan selamanya sengsara. Cheer Up !

Counting

Thursday, November 17, 2011

Never regret .

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar.
Allah sudah tunjukkan yang orang berusaha itu pasti akan dapat hasilnya.

Mungkin aku terlalu bongkak.
Mungkin aku terlalu yakin.
Oleh yang demikian, Allah sudah tunjukkan pada aku.

Aku terlalu yakin yang aku pasti akan dapat keputusan yang bagus untuk SPM. Tapi hari ini Allah sudah tunjukkan yang aku sebenarnya seorang yang gagal. Aku selalu pandang rendah pada orang yang lain. Sekarang aku dapat rasakan perasaan orang yang lemah dalam pelajaran. Apabila kita selalu di atas, kita mesti akan yakin yang kita akan selalu berada di atas. Allah itu maha Adil. DIA sudah buktikan yang tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Sesungguhnya hanya Allah yang sempurna di dunia yang fana ini.

Semenjak aku darjah 2, aku sangat meminati matematik. Aku selalu dapat markah yang baik dalam mata pelajaran tersebut. Tapi pada hari yang menentukan masa depan iaitu SPM, Allah telah beri balasan kepada aku. Pertama kali dalam hidup aku yang aku tak boleh jawab soalan matematik. Mungkin itu balasan Allah kerana aku selalu melakukan dosa dan buat banyak perkara laghah. Allah Maha Besar.

Aku hanya boleh berserah sahaja pada Allah. Aku akan cuba sedaya-upaya dalam masa yang sangat genting ini. Aku hanya boleh merancang. Allah juga merancang, tetapi sebaik-baik perancangan adalah perancangan daripada Allah SWT. Masha-Allah!

No comments:

Post a Comment