Hari ini aku rasa lain sangat. Rasa lebih tenang dan aman. Jadi aku rancang nak jadi 'lebih baik' iaitu jadi seorang yang lebih tenang. Tiada lagi hati yang kacau bilau dan bercelaru.
Tadi masuk kelas, tiba-tiba Atiqah cakap aku nampak lain. Aisyah pun sama dan lebih dahsyat, Syaidatul cakap aku berseri-seri sebab ada ehem-ehem di hati. Aku pun pelik la. Lepas tu, aku senyum-senyum. Lagilah mereka ingat benda tu betul.Alahai hati.
Berbalik kepada cerita tadi. Lelaki... mungkin lagi dua tahun aku akan jumpa seseorang yang bernama lelaki. Macam manalah agaknya aku ketika itu. Adakah aku akan menjadi buas seperti mereka yang kejutan budaya apabila sudah jatuh cinta. Atau aku akan menolak kerana merasakan belum sampai waktunya. Atau mungkin aku akan menerima dan akhirnya kahwin di usia muda. Jika tidak, aku akan hidup keseorangan kerana tiada lelaki yang inginkan aku.
Kadang-kala aku merasakan yang lelaki itu tidak perlu dalam hidup seorang wanita. Tetapi memang sudah lumrah alam yang lelaki dan wanita saling bergantung antara satu sama lain. Banyak yang aku sudah lihat ragam dan sikap yang teruk akibat jatuh cinta. Ustazah aku cakap yang cinta itu buta dan kita meraba-raba.
Pernah jugak aku memikirkan tentang lelaki. Lelaki juga membuat aku rasa rindu untuk mendengar perhatian dan risaunya dia terhadap aku. Romantiknya...
Ketika kau kecil, aku selalu berangan lelaki yang bagaimana aku ingin kahwini apabila aku besar nanti. Yang kayalah, kacaklah, beriman dan macam-macam lagi. Apabila aku sudah besar, aku sudah tidak memikirkan lagi tentang itu semua. Apa yang aku fikir hanyalah seorang lelaki yang dapat menerima segala kekurangan aku.
Aku akan serahkan semua cinta abadi aku kepada Tuhan yang agung. Cinta yang akan membawa aku ke syurga, hanyalah cinta kepada penciptanya.
.................................................................................................................
Benda ini aku tulis semasa aku tingkatan 4.
No comments:
Post a Comment