the blogger

My photo
Nama diberi Athirah Binti Mohd Yusuf yang berumur 21 tahun dan hidup ini tidak selalu indah dan bukan selamanya sengsara. Cheer Up !

Counting

Monday, August 8, 2011

Kisah Aku (based on the true story)

Aku adalah A****** bt. M*** Y****. Aku pernah berkata yang hidupku ini tiada dugaan. Maklumlah ketika itu, aku masih kecil. Tidak kenal apa itu dugaan dan cabaran.

Aku masih ingat. Ketika aku kecil, aku selalu mengadu kepada Allah. Tetapi kini.. aku merasakan yang aku sudah semakin jauh dengan penciptanya. Masya-Allah!

Aku ni tidaklah terlalu cantik dan tiada kekurangan apa-apa. Alhamdulillah. Tetapi kecantikkan duniawi membuat aku terhimpit. Hidup aku boleh dikatakan sederhana. Jika aku ingin membeli baju baru atau 'baju jalan', aku akan beli pada hari raya sahaja. Semestinya ibuku akan membeli yang berkualiti dan mahal. Pada malam ini, aku telah membeli dua helai baju. Apabila tiba di rumah, aku terus mencubanya. Tetapi baju itu tidak sesuai dengan badanku. Aku dapat melihat kekecewaan ibuku.

Aku sebenarnya bertubuh gemuk.Beratku kian meningkat sepuluh kg setiap tahun. Sejak aku darjah 5, berat aku akan bertambah setiap tahun. Sehingga aku tiada nafsu lagi untuk membeli baju seperti dulu. Jikalau orang melihat fesyen bajuku, pasti mereka akan mengatakan ianya sangat teruk. Kegemukkan membuat nafsuku terhadap fesyen mati. Oleh itu, setiap kali aku membeli baju, aku akan ikut apa-apa sahaja ibuku belikan.

Jika dahulu, kegemukkan padaku adalah suatu perkara yang normal. Kini, ketika umurku 17 tahun, beratku adalah 80 kg. Lagi 8 kg untuk mencapai tahap obesiti. Aku ini berkulit gelap. Muka tidaklah cantik. Padanlah tiada tarikan pada diriku ini. Dulu aku fikir yang aku tidak mahu ada teman lelaki. Tetapi.. mungkin tiada lelaki yang tertarik dengan aku.

Sejak aku kecil lagi, ibuku telah menetapkan peraturan yang 'tiada teman lelaki selagi belum berumur 18 tahun'. Aku patuh peraturan itu. Tetapi, peraturan itu telah menjerat aku atau sebaliknya..

Aku bukanlah golongan yang cerdik. Tetapi aku rajin untuk menjadi cerdik atas dorongan ibu. Terima kasih ibu. Walaubagaimanapun, aku masih belum mencapai tahap standard bagi SPM. Masih ada subject yang gagal. Aku berasa amat bersalah. Ramai yang telah menyadarkan aku. Tetapi diri ini masih belum menunjukkan perubahan.

Aku boleh rumuskan yang diri aku ini tidaklah cantik, tidak kurus dan kurang pandai. Tetapi apakah kelebihanku? Ya Allah, KAU tunjukkanlah bakatku ini agar hamba-MU dapat mencari rezeki bagi kedua-dua ibu bapaku. Sesungguhnya mereka sudah banyak berbakti
.................................................................................................................

Mungkin aku terlebih-lebih.. tetapi itu adalah hakikat. Benda ini aku tulis pada suatu malam yang sepi.. 

No comments:

Post a Comment