the blogger

My photo
Nama diberi Athirah Binti Mohd Yusuf yang berumur 21 tahun dan hidup ini tidak selalu indah dan bukan selamanya sengsara. Cheer Up !

Counting

Friday, May 27, 2011

at school :)

Tadi ada buat sikit pandangan kat sekolah. Bosan betul hari guru hari nie. Jadi, nak hilangkan bosan tuh.. ada la sikit karangan aku buat. Tapi karangan nie tanpa format SPM yang sebenar.


.................................................................................................................


Pandangan aku mengenai musik. Aku suka musik orang Barat. Tak tahu kenapa. Aku rasa sebab orang Melayu tak pandai buat musik. Semua lagu mereka tak menarik perhatian aku langsung. Manakala orang Barat punya musik, mereka suka cipta lagu, menghargai lagu lama dan berani mencuba lagu yang baru. Lagu mereka kalau kita dengar banyak kali sekalipun, tetap tak bosan.


Kawan, aku tak suka berkawan. Kawan hanya akan buat kita ini bagus atau hancur. Dari kecil sampai sekarang, aku tak ada kawan. Terukkan?


Semenjak 'showdown' muncul, aku rasa bangga dengan industri tarian di Malaysia. Lepas SD 2010, aku tengok penari-penari sudah boleh mengembangkan bakat mereka. Artis pun sudah mula mengambil mereka sebagai penari latar. Paling bangga dengan Floor Fever, selalu lihat mereka  menari sebagai penari latar artis seperti Erra Fazira dan artis terkenal yang lain. Giller battle Crew pula, aku tengok mereka sudah menjadi ikon bagi b-boy. Wakaka Crew sudah menjadi lagenda sebab mereka adalah juara SD 2010. Semenjak SD muncul, aku sudah mula minat dengan 'street dance'.


Sekolah aku pula, antara suka dan benci. Biasalah, mana ada sekolah yang sempurna. Bila aku sekolah menengah ni, baru aku mula kenal apa itu kawan. Mereka semua di sini mesti akan ajak untuk berkawan. Tapi aku, aku cuma tahu berkawan tapi tak reti menghargai.


Aku pengawas di sekolah, tapi aku hanya mampu menjalankan tugas sebagai pengawas. Maksud aku, aku hanya bertugas tapi tidak menjadi pengawas sebenar. Itu adalah impian aku sejak kecil iaitu untuk menjadi pengawas. Bila sudah jadi pengawas, baru aku sedar yang aku tidak sesuai untuk jadi pengawas.


Jadi seorang anak susahkan? Kita kena patuh kepada kedua-dua ibu bapa kita. Maknanya jika ada benda yang kita impikan, mesti kita kena pendamkan. Itulah anak. Kadang-kadang bila kita ingin mempertahankan apa yang kita impikan, pasti kita akan bergaduh dengan mereka. Bukan itu sebenarnya niat kita. 


Aku tahu yang kini sudah akhir zaman. Aku dapat lihat, macam mana teruknya generasi aku. Tapi aku hanya jadi seorang yang pasif. Aku tidak cuba untuk menambahkan amalan aku. Sebaliknya dosa sahaja yang ada di diri aku ini.


Aku selalu pegang benda ini, "Allah merancang, kita juga merancang, sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah". 


Semenjak aku masuk tingkatan 4, keputusan ujian semakin merosot. Tak tahu kenapa. kadang-kadang rasa putus-asa. Tapi kita janganlah putus-asa sebelum berperang. Bila aku mula masuk tingkatan 5, aku cuba lawan kegagalan itu. Walaupun masih gagal, tapi aku tetap bangkit. Aku cuba sedaya-upaya aku. Hanya Allah saja yang tahu betapa penat aku nak lawan benda nie.


Hari guru, itulah masa untuk aku menghargai guru. Kalau orang cakap yang guru itu ibarat lilin yang membakar diri, aku percaya. Jasa mereka semua tidak akan dapat aku balas sampai bila-bila. Dari aku tidak kenal 'ABC' sehinggalah kini sudah nak habis belajar.


.................................................................................................................


Aku rasa da macam orang yang cakap merepek je. Okayy la.. just that for now!

2 comments:

  1. sape kata ko xde kwn! aku kan kwn ko :)
    btw, sedey gak aku baca luahan hati ko ni
    T-T

    ReplyDelete