the blogger

My photo
Nama diberi Athirah Binti Mohd Yusuf yang berumur 21 tahun dan hidup ini tidak selalu indah dan bukan selamanya sengsara. Cheer Up !

Counting

Sunday, February 27, 2011

kaunseling!

Pada hari Khamis yang lepas, iaitu pada 24 February 2011, aku telah ke bilik kaunseling. Cikgu yang aku jumpa itu adalah Cik Nor Asilawati. Beliau adalah cikgu practical di sekolah aku. That was my first time. Nervous ada, takut ponn ada. Lepas tu, keliru sama ada nak berkata benar atau simpan dalam hati. Tapi ada satu rahsia besar aku tak bagi tahu beliau. Biarlah ianya menjadi rahsia :)

Perkara yang kami bincangkan adalah mengenai pelajaran, keluarga, pengurusan masa dan masalah seorang   pelajar. Aku rasa lega sedikit sebab beban sudah sedikit berkurang. Cikgu ponn ada berikan sedikit tips untuk menguruskan masa dan pelajaran. 

Sebelum habis perbincangan, cikgu ada memberikan sedikit plan tindakan. Beliau mencadangkan untuk aku menggunakan internet sebab medium pelajaran, contohnya untuk kita belajar English in other way. Kalau stay back kat sekolah, gunakan masa untuk buat homework or buat study group untuk subject kita belajar pada hari tersebut. Menbuat nota-nota penting dan tampalkan di dinding-dinding. Boleh ditampal di dalam bilik air atau bilik tidur. Jika di bilik air, cikgu kata pada waktu itu, minda kita sedang relax. Oleh itu, senanglah ilmu tersebut masuk ke otak kita. Sebelum tidur ponn sama juga. Cikgu ponn mencadangkan untuk tampal doa-doa penerang hati. Banyakkan berdoa kepada Allah. 

Akhirnya, setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, kita bertawakal kepada Allah pula. TERIMA KASIH cikgu atas semua nasihat dan tips serta sudi mendengar luahan hati saya. Itu adalah luahan hati pertama saya kepada seorang kauselor (:

4 comments: